Monday 18 May 2015

APAKAH AKU, SIAPAKAH AKU ?


Seringkali aku berkata;aku, aku, dan aku.

Dulu aku mengaku bahwa ini telingaku, ini mataku, ini hidungku, ini mulutku, dan ini tubuhku.
Tetapi sungguh malang nasibku, karena aku tak tahu siapa diriku.
Apakah aku tubuh ini,sedangkan tubuh ini adalah milikku,sehingga aku sering menyebutnya sebagai tubuhku,lalu bagaimana mungkin tubuh ini adalah aku.
Lalu apakah aku ini akal, atau hati,atau jiwa atau rasa?
Sedangkan semua itu adalah milikku,
sehingga aku sering menyebut akalku, hatiku, rasaku.
Lalu siapakah aku?

1 comment:

  1. Adakah “Aku” wujud?
    Aku sebenarnya tidak wujud.Yang wujud adalah unsur daripda Allah yang menjadikan aku.Adakah begitu?Ya!!

    Pada permulaan yang ada hanya Allah.Tidak ada apa-apa pun bersamaNya.
    Rasulullah s.a.w. bersabda:"Sesungguhnya Allah s.w.t. itu wujud, dan tiada yang wujud bersamaNya. Allah s.w.t. itu wujud dalam keesaan, tanpa bersama dengan selainNya" (Hadith riwayat Al-Bukhari).

    Jadi apabila Allah swt berfirman “Kun” semua ciptaan terjadi daripada ZatNya.

    Allah pencipta langit dan bumi,dan bila Dia berkehendak(untuk menciptakan)sesuatu maka(cukuplah)Dia hanya mengatakan kepadaNya “KUN” .lalu jadilah ia. Al Baqarah 2:117

    Bila Allah berfirman KUN..Dia hanya mengatakan kepada NYA”.NYA itu siapa?Kalau Allah sahaja yang ada,sedangkan Dia Tunggal..jadi KUN itu ditujukan kepada siapa?Oleh kerana tidak ada selain Allah disampingNya...”TIADA” pun tidak ada.atau APA-APA pun tidak ada selainNya maka KUN itu ditujukan kepada DIRI Allah itu sendiri.Memang ada bukti Allah berfirman kepada DiriNya Sendiri.
    Seperti mana Rasulullah (saw) ada bersabda yang bermaksud:

    Sesungguhnya Allah ketika mencipta makhluk,Dia menulis dengan tanganNya atas ZatNya sendiri bahawa RahmatKu mengalahkan KemurkaanKU Sunan At Termidzi Bk 5, 484.Sahih Muslim Bk 4 685

    Kalau ada sesuatu yang lain disamping Allah semasa Dia berfirman KUN maka sudah ada dua wujud.Allah wujud dan entiti kedua pun wujud..maka Tauhid akan runtuh.

    Sekiranya ada di langit dan bumi tuhan-tuhan selain Allah tentulah keduanya itu telah rosak binasa Al Anbiya 21:22)

    Siapakah Allah?
    Adakah semua Zat Allah digunakan untuk menjadi ciptaan?

    Ini ilmu kepunyaan Arifbillah Tuan Hj Hussein B Abdul Latif..untuk meluaskan lagi kefahaman tentang ilmu ini sila berhubung dengan alamat ini: http://www.gnosticman.org/
    Atau You tube Farhan4u2C atau www.yamasindonesia.org.
    Ilmu ini sangat berguna untuk melengkapkan ilmu makrifatullah yang sedia ada.

    (di bawah ini ada sedikit sedutan daripada kuliah beliau bertajuk “Lebur dan Nol”

    Allah mencipta melaui zat Dia
    Dia hanya mengatakan kepada (Zat)Nya:”Jadilah”.Lalu jadilah ia (ciptaan)

    Dia mencipta melalui Zat Dia. kelakonan Dia atau pun lakuan Dia terzahir menerusi zat Dia.semua lakuan Dia terzahir,keluar daripada zat Dia.itu Dia berkata aku yang zahir Aku yang bathin

    (DzatNya)Yang Zahir dan Yang Bathin Al Hadid 57:3

    itu fasal Dia kata bukan engkau yang membunuh Muhammad tetapi Aku,Zat Dia yang ada pada Muhammad.

    Maka(yang sebenarnya)bukan kamu yang membunuh mereka,akan tetapi Allah lah yang membunuh mereka,da bukan kamu yang melempar ketika kamu melempar tetapi Allah yang mlempar Al Anfaal 8:17

    jadi Dia dalam lakonan menerusi zat Dia.jadi semua lakonan adalah lakuan Zat.

    segala hakikat di alam semesta yang kita lihat dan kita saksikan,kesemunya adalah limpahan daripada satu hakikat teragung,iaitu hakikat Zatullah azza wajalla MSR Al Buti Keyakinan Hakiki 67
    Sifat wujud ini tidak lain selain Zat Nya MSR Al Buti Keyakinan Hakiki 110

    sifat wujud ini tidak lain daripada zat Dia.Ini kita mesti pegang.kita pegang ini saja,kau tidak wujud,nol. orang yang mengenal dirinya dan mengenal Tuhannya nescaya sudah pasti ia mengenal bahawa ia tiada mempunyai wujud bagi dirinya Imam Ghazali IU Bk 7,427

    ReplyDelete